Pengikut

Ahad, 1 April 2012

Cetusan Rasa, Sentuhan Jiwa

Amat berat dan terkejut bila mendapat perkhabaran yang tidak kusangka.. Aku menerima surat pertukaran pada 8 Mac 2012 (Khamis)  Aku ingin terus berada di situ. Tetapi inilah hakikatnya, seseorang itu tidak akan kekal berada di suatu tempat. Yang hidup pasti mati, yang hidup juga perlu berubah dan melakukan transfomasi. Begitulah yang aku hadapi.
 Pada 19 Mac 2012 aku memulakan tugasku di sekolah baharu. Kini sudah dua minggu  aku berada di sekolah baharu. Aku melangkah kaki  ke situ dengan semangat baharu walaupun di hati terasa pedihnya bila aku ditukarkan tanpa melakukan permohonan. Alasannya aku sudah lama berada di situ dan terdapat lebihan guru pula di sekolah itu, wajar aku ditukarkan.
Ada lagi orang yang lebih lama berkhidmat di situ, tetapi tidakpun dipindahkan? Aku menjadi calon utama. Aku redha dengan pertukaran ini kerana aku diberi sekolah yang hampir dengan rumahku. Alhamdulillah..... segalanya akan kulalui dengan kesabaran. Semoga apa yang berlaku kepadaku itu ada hikmahnya.

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

salam..
inilah cabaran hidup...moga ada hikmahnya...
selamat bertugas di tempat baru

Cikgu Sarimah D20111049928 berkata...

Insyaallah, mudah-mudahan begitulah.

Tirana berkata...

Imah, tempat baru, kawan baru, semangat baru, pengalaman baru dan semuanya baru..InsyaAllah ada kebaikan dan hikmahnya,

Cikgu Sarimah D20111049928 berkata...

Ya begitulah hendaknya. Semoga ada rahmat di sebaliknya. Terima kasih juga diucapkan kerana sudi jadi follower untuk blog ini.