Kata nama merupakan kata yang merujuk kepada orang, binatang, tempat, benda maujud, benda bukan maujud dan sebagainya.
Kata nama dapat digolongkan kepada:
* Kata nama am
* Kata nama khas
Kata Nama Am
Kata Nama Am ialah kata yang digunakan untuk menjelaskan nama sesuatu yang bernyawa seperti orang, haiwan, dan sesutu yang tidak bernyawa seperti tumbuh-tumbuhan, tempat , benda, dan sebagainya.
Dengan kata lain perkataan Nama Am digunakan bagi menyebut sesuatu secara am atau umum.
Manusia , orang
|
ayah, perempuan, kerani, polis, guru, doktor, askar dll
|
binatang
|
ayam, gajah, kerbau anjing, kuda, burung, ikan dll
|
tumbuh- tumbuhan
|
pokok, betik, rumput, lalang dll
|
benda
|
pasir, kayak, radio, rumah. Motorkar, pen, buku, dll
|
tempat
|
pejabat, pulau, sekolah, kampung, bandar, negeri dll
|
3. Kata nama am dapat dibahagikan kepada kata nama yang:
(a). konkrit, iaitu nama sesuatu yang dapat dipegang, atau dapat dirasa, atau dapat dilihat
(a). konkrit, iaitu nama sesuatu yang dapat dipegang, atau dapat dirasa, atau dapat dilihat
(b). abstrak, iaitu nama sesuatu yang hanya dapat dibayangkan atau dikhayalkan.
4. Kata nama am konkrit dan abstrak boleh terdiri daripada kata asal dan kata nama terbitan.
4. Kata nama am konkrit dan abstrak boleh terdiri daripada kata asal dan kata nama terbitan.
5. Berikut adalah beberapa contoh kata nama terbitan:
buai ‑ buaian
tea - ketua
raja - kerajaan
tahu ‑ pengetahuan
Kata nama am hendaklah ditulis dengan menggunakan huruf kecil melainkan pada awal ayat.
contoh:
Dia sedang menjinakkan seekor gajah.
|
Pada akhir ayat
|
Gajah itu berbadan besar.
|
Pada awal ayat
|
Kata Nama Khas
1. Kata nama khas ialah kata nama yang khasnya digunakan untuk menyebut nama sesuatu benda
sama ada benda yang bernyawa dan yang tidak bernyawa.
2. Benda‑benda yang bernyawa ialah nama manusia dan nama binatang. Benda‑benda yang tidak
bernyawa ialah nama tempat, judul buku, nama bangunan, dan sebagainya.
Perkataan Nama Khas digunakan bagi menyebut sesuatu yang tertentu, khusus atau khas.
a) benda; misalnya : Seri Aman, Volvo, Parker 45, Hikayat Hang Tuah, dll
b) orang; misalnya : Cik Rafidah, Inspektor Azman, Dr. Long dll
c) binatang ; misalnya : Blacky, Pak Belang, Sang Kancil,dll
c) binatang ; misalnya : Blacky, Pak Belang, Sang Kancil,dll
d) tempat ; misalnya : Kampung Bahru, Shah Alam, Kuala Lumpur dll
Biasanya huruf pertama perkataan nama khas ini hendaklah ditulis dengan huruf besar.
manusia
|
Zaidi, Mei Fong,
Subramaniam
|
binatang
|
Tompok (kucing),
Jalak (ayam)
|
tempat
|
Muar (daerah),
Seremban (bandar),
Jepun (negara)
|
bangunan
|
Pudu Raya
(perhentian bas
dan teksi), Menara
Tun Razak (pejabat)
|
judul buku
|
Keluarga (majalah),
Rentong (novel),
Kamus Dewan ( buku)
|
benda
|
Proton Perdana
(kereta), Pilot
(pen), Seiko (jam)
|
Perbandingan Kata Nama Am dan Kata Nama Khas
Kegunaan
|
Kata Nama Am
|
Kata Nama Khas
|
Benda
|
bangunan
kereta
buku
sekolah
|
Bangunan Tabung Haji
Proton Saga
Bahasa Melayu
SK Wawasan
|
Orang
|
doktor
kerani
guru
budak lelaki
|
Doktor Ramli
Puan Arifah
Cikgu Latiff
Muhamad Azman
|
Binatang
|
kucing
lembu
katak
ayam
burung
|
Si Tompok
Lembu Sapi
Katak Puru
Ayam Belanda
Burung Murai
|
Tempat
|
negeri
bandar
kampung
tasek
|
Terengganu
Jerteh
Kampung Pasir Akar
Tasek Perdana
|
Tumbuhan
|
pisang
cili
jambu
limau
|
Pisang Emas
Cili Padi
Jambu Batu
Limau Kasturi
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan