Pengikut

Jumaat, 5 Julai 2013

Selamat Bertugas....

Assalamualaikum. 1 Julai 2013, hantar anak sulung ke Hotel Empress, Sepang. Dapat posting ke Sarawak. Walauunp rasa terkilan dan sedih ttp bila tengok ramai lagi yang menerima nasib yang sama. Bersyukurlah kerana ada rezeki dipanggil untuk bertugas setelah lama menunggu. Esoknya 2 Julai 2013, ikut hantar ke KLIA. Pihak BPG/KPM menyediakan semua keperluan spt penginapan dan tiket penerbangan. Jam 3.15 ptg berlepaslah ke Kuching bersama rakan-rakan lain. Sampai di Kuching jam 5.30 petang. Waktu itu juga aku bertolak balik ke rumah. Pada waktu yang sama aku baru sampai ke Tapah. Esoknya, bertolak ke Daerah Subis dengan bas. Perjalanannya memakan masa hampir 13 jam. Sampai di sana disambut oleh pihak PPD dan pentadbir sekolah. Alhamdulillah, bila dengar cerita, keadaan sudah sempurna. Banyak kemudahan yang ada. Buat anakku selamat berada di daerah Subis ( dalam daerah Miri). Khabarnya sekolah yang akan ditempatkan itu sekolah SKM. Moga dapat bertugas dengan baik dan amanah.