JEJAK BAHASA
selamilmu.blogspot.com
Jumaat, 5 Julai 2013
Selamat Bertugas....
Assalamualaikum.
1 Julai 2013, hantar anak sulung ke Hotel Empress, Sepang. Dapat posting ke Sarawak. Walauunp rasa terkilan dan sedih ttp bila tengok ramai lagi yang menerima nasib yang sama. Bersyukurlah kerana ada rezeki dipanggil untuk bertugas setelah lama menunggu.
Esoknya 2 Julai 2013, ikut hantar ke KLIA. Pihak BPG/KPM menyediakan semua keperluan spt penginapan dan tiket penerbangan. Jam 3.15 ptg berlepaslah ke Kuching bersama rakan-rakan lain. Sampai di Kuching jam 5.30 petang. Waktu itu juga aku bertolak balik ke rumah. Pada waktu yang sama aku baru sampai ke Tapah.
Esoknya, bertolak ke Daerah Subis dengan bas. Perjalanannya memakan masa hampir 13 jam. Sampai di sana disambut oleh pihak PPD dan pentadbir sekolah. Alhamdulillah, bila dengar cerita, keadaan sudah sempurna. Banyak kemudahan yang ada.
Buat anakku selamat berada di daerah Subis ( dalam daerah Miri). Khabarnya sekolah yang akan ditempatkan itu sekolah SKM. Moga dapat bertugas dengan baik dan amanah.
Rabu, 20 Jun 2012
Pengalaman Baharu
Hari ini 20 Jun 2012, 8.00 pagi, aku bersama anakku Muhd. Rusydi ke mahkamah majistret Parit Buntar. Berdebar bila masuk ke ruang mahkamah. Maklumlah pertama kali dalam sejarah hidup.
Aku ke sana untuk membayar saman JPJ buat anakku atas kesalahan tamat cukai jalan dan insuran motosikal. Motosikal itu kepunyaan abangnya. Jadi ada 2 kesalahan.
Bila nama dipanggil dan dibacakan pertuduhan oleh pendakwa, dia mengaku salah dan mohon rayuan untuk dikenakan denda yang minimum. Bagi kesalahan abang , dia menjadi wakil untuk dibacakan pertuduhan. Hakim menyatakan jumlah denda yang kena bayar sebanyak RM 150. Selesai..... bayar saman itu.
Tetapi bagi dia pula, sebab di bawah umur walaupun mempunyai lesen memandu, waris (ibu @ bapa ) mesti ada bersama. Aku lah yang ada di situ......... Seperti mula tadi juga, namamya dipanggil dan dibacakan pertuduhan. Dia mengku salah dan mohon denda yang minimun. Hakim mengenakan RM 100 untuk kesalahan dia kerana menunggang motorsikal kepunyaan abang yang tamat cukai jalan itu. Bayar lagi saman itu. Aku keluarkan RM 250 hari ini untuk bayar saman.
Semoga pengalaman ini menjadi iktibar untukku dan anak-anakku. Jangan ulangi kesalahan ini. Sebaiknya hak kita juga jangan dipinjamkan oleh orang lain. Bukan orang itu je yang kena, kita tuan punya pun kena juga. Selain itu aku dapat pengalaman baru, dapat melihat perjalanan perbicaraan di mahkamah untuk berbagai kes (bukan sahaja kesalahan jalan raya tetapi kes curi dan lain-lain)
Rabu, 9 Mei 2012
Selasa, 8 Mei 2012
JOM IKUT SERTA!!
PERTANDINGAN MENGARANG ESEI PENGGUNA 2012
Kategori
- A. Sekolah Rendah (Tahun 4-6)
- B. Menengah Rendah (Tingkatan 1-3)
- C. Menengah Atas (Tingkatan 4-5)
- D. IPTA/S, Institut Pendidikan Guru,Matrikulasi & Tingkatan 6
- E. Umum (Terbuka kepada semua warganegara Malaysia)
Syarat
- Panjang esei tidak melebihi 300 patah perkataan bagi Kategori A, 1,000 patah perkataan bagi Kategori B dan Kategori C dan 2,500 patah perkataan bagi Kategori D dan Kategori E.
- Esei hendaklah ditaip menggunakan tulisan “Arial 12 poin” atau menggunakan tulisan tangan yang jelas. Sama ada ditaip atau tulisan tangan, semua esei hendaklah langkau sebaris (“double line spacing”).
- Penyertaan esei boleh dihantar melalui e-mel ke urusetia@mypengguna.com.
- Penyertaan hendaklah disertakan dengan borang penyertaan pertandingan yang lengkap.
- Esei mestilah asli dan menggunakan olahan idea sendiri.
- Semua penyertaan hendaklah dihantar kepada pihak penganjur pada atau sebelum 23hb Mei 2012.
- Semua Penyertaan akan menerima SIJIL PENYERTAAN yang diiktiraf oleh Kementerian Pelajaran Malaysia
- Semua Pemenang akan menerima SIJIL PENCAPAIAN yang diiktiraf oleh Kementerian Pelajaran Malaysia
Hadiah
Kategori | Hadiah | Wang Tunai |
Kategori A. (4 bahasa) | Hadiah Pertama Hadiah Kedua Hadiah Ketiga Hadiah Sagu Hati (x20) | RM1,000.00 RM750.00 RM500.00 RM100.00 |
Kategori B dan Kategori C (4 bahasa) | Hadiah Pertama Hadiah Kedua Hadiah Ketiga Hadiah Sagu Hati (x20) | RM1,500.00 RM1,000.00 RM750.00 RM100.00 |
Kategori D (2 bahasa) | Hadiah Pertama Hadiah Kedua Hadiah Ketiga Hadiah Sagu Hati (x20) | RM2,000.00 RM1,500.00 RM1,000.00 RM200.00 |
Kategori E (2 bahasa) | Hadiah Pertama Hadiah Kedua Hadiah Ketiga Hadiah Sagu Hati (x20) |
RM2,500.00
RM2,000.00 RM1,500.00 RM200.00 |
Tajuk
Kategori A - Sekolah Rendah (Tahun 4-6) | ||
Bahasa | Kod Tajuk | Tajuk |
Malaysia | EAM1 | Internet dan Saya |
EAM2 | Cara menjimatkan tenaga elektrik | |
EAM3 | Sekiranya esok ibu bapa saya hilang pekerjaan... | |
English | EAE1 | The Internet and Me |
EAE2 | Ways to save electricity. | |
EAE3 | If tomorrow, my parents lose their jobs.... | |
中文题目 | EAC1 | 网络与我 |
EAC2 | 节省电能的方法 | |
EAC3 | 如果明天父母将失去工作... | |
EAT1 | ||
EAT2 | ||
EAT3 | ||
Kategori B - Menengah Rendah (Tingkatan 1-3) | ||
Bahasa | Kod Tajuk | Tajuk |
Malaysia | EBM1 | Kesan tekanan rakan sebaya ke atas perubahan cara hidup. |
EBM2 | Apakah pendapat anda tentang pengasingan sisa buangan di rumah. | |
EBM3 | Keselamatan makanan di gerai tepi jalan. Bincangkan. | |
English | EBE1 | Peer pressure and its impact on lifestyle. |
EBE2 | Your opinion on separating waste refuse at home. | |
EBE3 | Safety of food sold at roadside food stall. Discuss | |
中文题目 | EBC1 | 同伴压力对改变生活方式的影响 |
EBC2 | 写出你对居家垃圾分类的看法 | |
EBC3 | 试讨论路边食摊的卫生问题 | |
EBT1 | ||
EBT2 | ||
EBT3 | ||
Kategori C - Menengah Atas (Tingkatan 4-5) | ||
Bahasa | Kod Tajuk | Tajuk |
Malaysia | ECM1 | Belia dan Wang |
ECM2 | Krisis makanan dunia: Bagaimana untuk mengatasinya? | |
ECM3 | Keselamatan makanan. Tanggungjawab siapa? | |
English | ECE1 | Youth and Money |
ECE2 | The world food crisis: How can we overcome it? | |
ECE3 | Food Safety. Whose responsibility? | |
中文题目 | ECC1 | 青少年与金钱 |
ECC2 | 如何克服世界食品供应危机? | |
ECC3 | 食物安全:谁的责任? | |
ECT1 | ||
ECT2 | ||
ECT3 | ||
Kategori D - IPTA/S, Institut Pendidikan Guru, Matrikulasi & Tingkatan 6 | ||
Malaysia | EDM1 | Pekerja muda dan muflis. |
EDM2 | Situasi pengangkutan awam di Malaysia. Bincangkan. | |
EDM3 | Apakah yang kita perlu lakukan untuk mencapai matlamat pengurangan gas rumah hijau menjelang tahun 2020? | |
English | EDE1 | Young workers and bankruptcy. |
EDE2 | State of public transport in Malaysia. Discuss. | |
EDE3 | What needs to be done to achieve green house gas reduction targets by 2020? | |
Kategori E - Umum (Terbuka kepada semua warganegara Malaysia) | ||
Malaysia | EEM1 | Pengurusan dan pelupusan sisa elektronik. Bincangkan. |
EEM2 | Sejauh manakah tanggungjawab sosial korporat memberikan manfaat kepada masyarakat? | |
EEM3 | Sejauh manakah persaingan memberikan manfaat kepada pengguna? | |
English | EEE1 | E-waste management and disposal. Discuss. |
EEE2 | To what extent does corporate social responsibility benefit society at large? | |
EEE3 | To what extent does marketplace competition benefit consumers? |
Perhatian!!
layari laman web : http://www.mypengguna.com/v6/
semoga blog saya mendapat manfaat bersama..
Langgan:
Catatan (Atom)