Pengikut

Rabu, 20 Jun 2012

Pengalaman Baharu

Hari ini 20 Jun 2012, 8.00 pagi, aku bersama anakku Muhd. Rusydi ke mahkamah majistret Parit Buntar. Berdebar bila masuk ke ruang mahkamah. Maklumlah pertama kali dalam sejarah hidup.
Aku ke sana untuk membayar saman  JPJ buat anakku atas kesalahan tamat cukai jalan dan insuran motosikal. Motosikal itu kepunyaan abangnya. Jadi ada 2 kesalahan. 
Bila nama dipanggil dan dibacakan pertuduhan oleh pendakwa, dia mengaku salah dan mohon rayuan untuk dikenakan denda yang minimum. Bagi kesalahan abang , dia menjadi wakil untuk dibacakan pertuduhan.  Hakim menyatakan jumlah denda yang kena bayar sebanyak RM 150.  Selesai..... bayar saman itu.

Tetapi bagi dia pula, sebab di bawah umur walaupun mempunyai lesen memandu, waris (ibu @ bapa ) mesti ada bersama. Aku lah yang ada di situ......... Seperti mula tadi juga, namamya dipanggil dan dibacakan pertuduhan. Dia mengku salah dan mohon denda yang minimun. Hakim mengenakan RM 100 untuk kesalahan dia kerana menunggang motorsikal kepunyaan abang yang tamat cukai jalan itu. Bayar lagi saman itu. Aku keluarkan RM 250 hari ini untuk bayar saman.

Semoga pengalaman ini menjadi iktibar untukku dan anak-anakku. Jangan ulangi kesalahan ini.   Sebaiknya hak kita juga jangan dipinjamkan oleh orang lain. Bukan orang itu je yang kena, kita tuan punya pun kena juga. Selain itu aku dapat pengalaman baru, dapat melihat perjalanan perbicaraan di mahkamah untuk berbagai kes (bukan sahaja kesalahan jalan raya tetapi kes curi dan lain-lain)

Tiada ulasan: