Pengikut

Ahad, 29 April 2012

RANCANGAN PELAJARAN HARIAN B. MELAYU TAHUN 4



 Tarikh/ Hari:      26 April  2012  (Khamis)              
 Masa  :               8.10 – 9.10                                      
 Kelas      :          4 Permata                                        
 Bil. Pelajar :     19 orang                                                                  
 M/ Pel   :           Bahasa Melayu
Tema     :           Keluargaku Sayang                                                                      
Tajuk      :          Membantu amalan terpuji

Objektif :        Pada akhir pembelajaran murid akan dapat:
1. Menyata dan menerangkan definisi ‘membantu’.
2. Menyata dan menyenaraikan kata kerja yang dilakukan semasa berpindah   ke rumah baru.
3. Membina lima  ayat majmuk dengan menggunakan kata hubung.

Pengetahuan Sedia Ada :  Murid pernah membantu ibu bapa mereka melakukan kerja di rumah seperti, mengemas rumah atau menyapu halaman rumah..

Konsep :Membantu keluarga.

Bahan :    1. Teks
                 2. Kad gambar
                 3. Lembaran kerja
                
Nilai :       1. Menghargai masa.
                 2. Kerjasama
                
Kemahiran : 1. Membina lima ayat majmuk  dengan kata hubung yang betul.
                      2. Menyenaraikan frasa kerja berdasarkan gambar.

Langkah/Masa
Isi Pelajaran
Aktiviti Pengajaran Pembelajaran
Catatan
Aktiviti Guru
Aktiviti Murid

Set Induksi
(10 minit)

Membantu amalan terpuji

1. Buat kaitan dengan pengetahuan sedia ada pelajar dengan menyoal dan mencungkil idea murid tentang gambar.
2. mencungkil idea murid tentang aktiviti yang berlaku dalam gambar.

Memberi respon terhadap pertanyaan guru.

Strategi:
Konstruktivisme
Penyoalan seluruh kelas menggunakan gambar ransangan.

Perkembangan 1
(20 minit)

Mencari frasa kerja yang terdapat dalam slaid (gambar pindah ke rumah baru)

Contoh:
-mengangkat almari
-mengemas barang
-menyusun buku

1.Mengutarakan persoalan utama:
Senaraikan frasa kerja yang terdapat dalam gambar?


2. Guru meminta murid membina ayat tunggal berdasarkan gambar.

Debriefing:
Murid yang telah maju ke fasa applikasi sementara yang masih keliru diberi penerangan dalam kumpulan kecil.



1. Murid memberi respon dan menulis frasa kerja di papan tulis.


2. Murid membuat hipotisis dan berbincang dalam kumpulan membina ayat tunggal.

Aktiviti pemulihan:
Mendengar penerangan guru dalam kumpulan kecil.



Strategi:
Konstruktivisme
-hipotesis, memahami, menyenarai frasa kerja


















Perkembangan 2
(20 minit)

Membina ayat majmuk dengan kata hubung yang sesuai

1. Guru tunjukkan masalah dalam contoh slaid dan meminta murid membina ayat majmuk dalam jadual.
2. Guru meminta murid melukis pelan ruang tamu idaman dalam kumpulan.

1. Murid menyelesaikan masalah dalam kumpulan.



2. Murid membentangkan hasil dapatan perbincangan.

Strategi:
Perbincangan kumpulan diikuti persembahan kumpulan.

Sumber pengajaran:
Slaid gambar

Penutup
 (10 minit)

Menyumbang idea mengubahsuai susun atur rumah.

1. Kuiz pendek tentang kerja-kerja yang dilakukan semasa berpindah ke rumah baru.

1. Pelajar berbincang dalam kumpulan untuk menjawab kuiz.
2. Murid membuat kesimpulan pelajaran dengan menyatakan idea utama serta mengaitkannya dengan idea asal.
3. Murid menjawab soalan kuiz di dalam lembaran kerja.
4. Merumuskan isi pelajaran.

Strategi:
Penyoalan keseluruhan dan kuiz

Sumber pengajaran:
Slaid gambar

Tiada ulasan: