Pengikut

Selasa, 27 Mac 2012

Esei Kepentingan Menabung Dalam Kalangan Kanak-kanak.

Hari Pengguna Malaysia 2009


Kepentingan menabung dalam kalangan kanak-kanak.

       Pihak bank sering melancarkan kempen menabung di seluruh negara, secara hebat – hebatan. Hal ini bertujuan untuk menimbulkan kesedaran di kalangan anggota masyarakat supaya membentuk tabiat meyimpan wang mereka di dalam bank. Ianya juga penting untuk kanak-kanak. Apakah kepentingan menabung sebenarnya? Namun begitu, menabung ada kaitan nya dengan sikap berjimat cermat. Setiap agama mengalakkan para penganutnya agar sentiasa mengamalkan sikap berjimat cermat. Setiap hari fi dalam akhbar, para pemimpin negara telah melaungkan mesej supaya para pengguna mengelakkan pembaziran demi kebaikan ekonomi  keluarga dan juga negara ini menunjukkan bahawa pembaziran semakin berleluasa dan perlu diatasi. Oleh itu, wajarlah kita sebagai rakyat Malaysia mengikis sikap buruk ini demi kepentingan bersama. Malah, kanak-kanak perlu diasuh supaya berjimat cermat.
       Jika diteliti, tabiat menabung itu banyak faedahnya. Lumrahnya, orang yang ingin menabung, tidak akan menjadi pemboros. Sifat berjimat cermat dan tidak membeli barangan yang tidak diperlukan  secara tudak langsung akan memestikan harga barangan di pasaran tidak akan naik dengan cepat. Sehubungan dengan itu, kita haruslah merancang perbelanjaan. Faktor utama yang memungkinkan masalah boros ini ialah tiadanya perancangan dlam berbelanja. Apabila seseorang itu tidak melakukan sebarang perancangan dengan teliti, dia akan terbeli barangan yang tidak mempunyai sebarang kepentingan atau tidak berfaedah. Akibatnya, barangan tersebut disimpan di dalam rumah tanpa dapat dimanfaatkan untuk kepentingan keluarga. Pembaziran telah berlaku dengan mengeluarkan wang untuk membeli. Jelaslah bahawa tanpa perancangan, sukar untuk kita berjimat cermat. Sebagai ibu bapa, jadikan diri sebagai “ role medel” untuk anak-anak agar mereka dapat belajar untuk berjimat cermat, tidak menjadi pemboros dan khususnya mereka rajin untuk menabung demi masa depan yang gemilang.
            Tambahan pula, ‘sikit-sikit lama-lama jadi bukit’ merupakan pepatah Melayu lama yang menggalakkan kita untuk menabung. Tabungan yang dibuat oleh rakyat boleh dijadikan asset ataupun modal negara dalam memangkinkan kemajuan negara.  Contohnya, tabungan orang ramai dapat digunakan dalam merealisasikan aspirasi negara melalui pelaburan yang menguntungkan. Di samping itu, hasil tabungan akan memberi pulangn yang menguntungkan kepada kita dan negara. Selain itu, mereka yang memikirkan kesejahteraan masa depannya pasti akan menabung. Wang lebihan yang disimpan dalam bank akan membantu kanak-kanak dalam banyak hal. Malang tidak berbau, sekiranya berlaku kecelakaan seperti kemalangan, sakit tenat dan sebagainya, wang simpanan itu dapat menampung perbelanjaan. Untuk kanak-kanak, wang dapat  digunakan untuk pengajian masa depan.
           
            Selain daripada itu, wang pelaburan orang ramai dapat menggalakkan ekonomi negara. Kestabilan matawang negara di pasaran ekonomi global merangsang perkembnagan ekonomi negara kita. Masa depan yang cemerlang bermula pada hari ini. Oleh yang demikian, sifat menabung dapat menjamin masa depan. Percayakah anda tabungan yang bermula dengan 10 sen dapat membantu kita pada waktu-waktu kecemasan? Bak kata pepatah, ‘sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain’. Sekiranya kita didatangi masalah yang melibatkan kewangan, maka pada siapa kita hendak mengadu? Bukan semua orang dapat menyelamatkan diri kita kelak. Oleh itu, kanak-kanak perlu diasuh dari kecil kerana melentur buluh biarlah daripada rebungnya.

            Ibu bapa yang merancang untuk menghantar anak-anak melanjutkan pelajaran perlu menabung. Dengan berbuat demikian, mereka tidak perlu mengharapkan biasiswa kerajaan semata-mata. Tambahan pula, adalah membebankan sekiranya ibu bapa meminjam wang berpuluh-puluh ribu daripada pihak bank. Jadi, ibu bapa yang peka pasti akan menabung sejak awal lagi.  Kata orang tua-tua, sediakan payung sebelum hujan. Jadi, jangan berlengah-lengah lagi, menabunglah mulai hari ini juga!

            Memndang jauh ke hadapan, penting bagi diri kita. Selaras dengan perkembangan dunia pendidikan hari ini, selangkah kita bergerak, semuanya memerlukan wang. Oleh itu, pendidikan anak-anak pada masa depan  perlu dirancang mulai sekarang. Hidup yang berkualiti pada hari tua nanti juga mesti dirancang. Apa yang mesti ditekankan adalah menabung dapat menjamin masa depan kita dan negara. Ingatlah bahawa sifat menabung perlu disemai pada anak-anak ibarat kata pepatah ‘melentur buluh biarlah dari rebungnya’.        


Hasil karya anak keenam ku, Muhammad Rahimi b. Jaafar, memenangi tempat ketiga dalam pertandingan esei Hari  Pengguna 2009  dengan hadiah wang tunai RM 500 dan sijil penghargaan peringkat kebangsaan.  Sekarang belajar di Tingkatan 2 Amanah, SMK  Pekan Baru, Parit Buntar, Perak.

Tiada ulasan: