Isnin, 30 April 2012
Ahad, 29 April 2012
RANCANGAN PELAJARAN HARIAN B. MELAYU TAHUN 4
Tarikh/ Hari: 26 April 2012 (Khamis)
Masa
: 8.10 – 9.10
Kelas
: 4 Permata
Bil. Pelajar : 19 orang
M/ Pel
: Bahasa Melayu
Tema :
Keluargaku Sayang
Tajuk : Membantu amalan terpuji
Objektif
: Pada akhir pembelajaran murid akan dapat:
1. Menyata dan menerangkan definisi ‘membantu’.
2. Menyata dan menyenaraikan kata kerja yang
dilakukan semasa berpindah ke rumah
baru.
3. Membina lima ayat majmuk dengan menggunakan kata hubung.
Pengetahuan
Sedia Ada : Murid pernah membantu ibu bapa mereka melakukan
kerja di rumah seperti, mengemas rumah atau menyapu halaman rumah..
Konsep
:Membantu keluarga.
Bahan
: 1. Teks
2. Kad gambar
3. Lembaran kerja
Nilai
: 1. Menghargai masa.
2. Kerjasama
Kemahiran
: 1. Membina lima
ayat majmuk dengan kata hubung yang
betul.
2.
Menyenaraikan frasa kerja berdasarkan gambar.
Langkah/Masa
|
Isi Pelajaran
|
Aktiviti Pengajaran Pembelajaran
|
Catatan
|
|
Aktiviti Guru
|
Aktiviti Murid
|
|||
Set Induksi
(10 minit)
|
Membantu amalan terpuji
|
1. Buat kaitan dengan pengetahuan sedia ada
pelajar dengan menyoal dan mencungkil idea murid tentang gambar.
2. mencungkil idea murid tentang aktiviti yang
berlaku dalam gambar.
|
Memberi respon terhadap pertanyaan guru.
|
Strategi:
Konstruktivisme
Penyoalan seluruh kelas menggunakan gambar
ransangan.
|
Perkembangan 1
(20 minit)
|
Mencari frasa kerja yang terdapat dalam slaid
(gambar pindah ke rumah baru)
Contoh:
-mengangkat almari
-mengemas barang
-menyusun buku
|
1.Mengutarakan persoalan utama:
Senaraikan frasa kerja yang terdapat dalam
gambar?
2. Guru meminta murid membina ayat tunggal
berdasarkan gambar.
Debriefing:
Murid yang telah maju ke fasa applikasi
sementara yang masih keliru diberi penerangan dalam kumpulan kecil.
|
1. Murid memberi respon dan menulis frasa kerja
di papan tulis.
2. Murid membuat hipotisis dan berbincang dalam
kumpulan membina ayat tunggal.
Aktiviti pemulihan:
Mendengar penerangan guru dalam kumpulan kecil.
|
Strategi:
Konstruktivisme
-hipotesis, memahami, menyenarai frasa kerja
|
Perkembangan 2
(20 minit)
|
Membina ayat majmuk dengan kata hubung yang
sesuai
|
1. Guru tunjukkan masalah dalam contoh slaid
dan meminta murid membina ayat majmuk dalam jadual.
2. Guru meminta murid melukis pelan ruang tamu
idaman dalam kumpulan.
|
1. Murid menyelesaikan masalah dalam kumpulan.
2. Murid membentangkan hasil dapatan
perbincangan.
|
Strategi:
Perbincangan kumpulan diikuti persembahan
kumpulan.
Sumber pengajaran:
Slaid gambar
|
Penutup
(10 minit)
|
Menyumbang idea mengubahsuai susun atur rumah.
|
1. Kuiz pendek tentang kerja-kerja yang
dilakukan semasa berpindah ke rumah baru.
|
1. Pelajar berbincang dalam kumpulan untuk
menjawab kuiz.
2. Murid membuat kesimpulan pelajaran dengan
menyatakan idea utama serta mengaitkannya dengan idea asal.
3. Murid menjawab soalan kuiz di dalam lembaran
kerja.
4. Merumuskan isi pelajaran.
|
Strategi:
Penyoalan keseluruhan dan kuiz
Sumber pengajaran:
Slaid gambar
|
Selasa, 24 April 2012
KATA NAMA
Kata nama merupakan kata yang merujuk kepada orang, binatang, tempat, benda maujud, benda bukan maujud dan sebagainya.
Kata nama dapat digolongkan kepada:
* Kata nama am
* Kata nama khas
Kata Nama Am
Kata Nama Am ialah kata yang digunakan untuk menjelaskan nama sesuatu yang bernyawa seperti orang, haiwan, dan sesutu yang tidak bernyawa seperti tumbuh-tumbuhan, tempat , benda, dan sebagainya.
Dengan kata lain perkataan Nama Am digunakan bagi menyebut sesuatu secara am atau umum.
Manusia , orang
|
ayah, perempuan, kerani, polis, guru, doktor, askar dll
|
binatang
|
ayam, gajah, kerbau anjing, kuda, burung, ikan dll
|
tumbuh- tumbuhan
|
pokok, betik, rumput, lalang dll
|
benda
|
pasir, kayak, radio, rumah. Motorkar, pen, buku, dll
|
tempat
|
pejabat, pulau, sekolah, kampung, bandar, negeri dll
|
3. Kata nama am dapat dibahagikan kepada kata nama yang:
(a). konkrit, iaitu nama sesuatu yang dapat dipegang, atau dapat dirasa, atau dapat dilihat
(a). konkrit, iaitu nama sesuatu yang dapat dipegang, atau dapat dirasa, atau dapat dilihat
(b). abstrak, iaitu nama sesuatu yang hanya dapat dibayangkan atau dikhayalkan.
4. Kata nama am konkrit dan abstrak boleh terdiri daripada kata asal dan kata nama terbitan.
4. Kata nama am konkrit dan abstrak boleh terdiri daripada kata asal dan kata nama terbitan.
5. Berikut adalah beberapa contoh kata nama terbitan:
buai ‑ buaian
tea - ketua
raja - kerajaan
tahu ‑ pengetahuan
Kata nama am hendaklah ditulis dengan menggunakan huruf kecil melainkan pada awal ayat.
contoh:
Dia sedang menjinakkan seekor gajah.
|
Pada akhir ayat
|
Gajah itu berbadan besar.
|
Pada awal ayat
|
Kata Nama Khas
1. Kata nama khas ialah kata nama yang khasnya digunakan untuk menyebut nama sesuatu benda
sama ada benda yang bernyawa dan yang tidak bernyawa.
2. Benda‑benda yang bernyawa ialah nama manusia dan nama binatang. Benda‑benda yang tidak
bernyawa ialah nama tempat, judul buku, nama bangunan, dan sebagainya.
Perkataan Nama Khas digunakan bagi menyebut sesuatu yang tertentu, khusus atau khas.
a) benda; misalnya : Seri Aman, Volvo, Parker 45, Hikayat Hang Tuah, dll
b) orang; misalnya : Cik Rafidah, Inspektor Azman, Dr. Long dll
c) binatang ; misalnya : Blacky, Pak Belang, Sang Kancil,dll
c) binatang ; misalnya : Blacky, Pak Belang, Sang Kancil,dll
d) tempat ; misalnya : Kampung Bahru, Shah Alam, Kuala Lumpur dll
Biasanya huruf pertama perkataan nama khas ini hendaklah ditulis dengan huruf besar.
manusia
|
Zaidi, Mei Fong,
Subramaniam
|
binatang
|
Tompok (kucing),
Jalak (ayam)
|
tempat
|
Muar (daerah),
Seremban (bandar),
Jepun (negara)
|
bangunan
|
Pudu Raya
(perhentian bas
dan teksi), Menara
Tun Razak (pejabat)
|
judul buku
|
Keluarga (majalah),
Rentong (novel),
Kamus Dewan ( buku)
|
benda
|
Proton Perdana
(kereta), Pilot
(pen), Seiko (jam)
|
Perbandingan Kata Nama Am dan Kata Nama Khas
Kegunaan
|
Kata Nama Am
|
Kata Nama Khas
|
Benda
|
bangunan
kereta
buku
sekolah
|
Bangunan Tabung Haji
Proton Saga
Bahasa Melayu
SK Wawasan
|
Orang
|
doktor
kerani
guru
budak lelaki
|
Doktor Ramli
Puan Arifah
Cikgu Latiff
Muhamad Azman
|
Binatang
|
kucing
lembu
katak
ayam
burung
|
Si Tompok
Lembu Sapi
Katak Puru
Ayam Belanda
Burung Murai
|
Tempat
|
negeri
bandar
kampung
tasek
|
Terengganu
Jerteh
Kampung Pasir Akar
Tasek Perdana
|
Tumbuhan
|
pisang
cili
jambu
limau
|
Pisang Emas
Cili Padi
Jambu Batu
Limau Kasturi
|
Langgan:
Catatan (Atom)